Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

119 Tempat Berteduh Penunggang...

PETALING JAYA : Sebanyak 119 tempat berteduh penunggang motosikal akan dibina di lebuh...

Pembalak Haram Ditahan Sehingga...

CHUKAI - Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar akan mengkaji semula undang-undang berkaitan...

MAHB Laksanakan Proses ‘Uji...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Kementerian Pengangkutan telah mendapat...

Muka Selamba, Lelaki ‘Share’...

SEORANG penumpang dalam penerbangan dari Filipina ke Singapura jam 3 petang semalam, dikecam kerana bertindak biadap...

Wanita Dikecam Bedah Mata Kucing ‘Hodoh’

BEIJING – Seorang wanita dikecam selepas mendapatkan rawatan kosmetik untuk kucingnya kerana tidak berpuas hati dengan bentuk mata haiwan itu yang dianggap ‘hodoh’.

Wanita yang tidak dinamakan itu membawa kucingnya untuk melakukan pembedahan menambah kelopak mata. Untuk memenuhi permintaannya, doktor terpaksa memotong kelopak mata kucing itu, lapor Jiangsu Television.

Menurut The Mirror, stesen televisyen itu turut mendedahkan gambar kucing itu selepas menjalani pembedahan yang dipercayai memakan belanja sekitar 10,000 yuan (RM6,000).

Dalam gambar berkenaan, bulu pada muka kucing itu dilihat sudah dicukur manakala mata haiwan malang itu merah dan bengkak. Jahitan juga dilihat di atas matanya.

MailOnline melaporkan, sejak kisah itu disiarkan televisyen China, pemilik kucing itu dikecam hebat di media sosial.


Seorang pengguna berkata: “Lain sungguh rupa kucing itu, ini perbuatan yang menyeksanya.” – Agensi

Kategori