Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Isu Had Umur Belia...

KULAI - Kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan...

Gorila ‘Hensem’ Berjaya Pikat...

SEEKOR gorila jantan yang tinggal di Zoo Higasyiyama dan Taman Botanical di Nagoya,...

Selena Gomez Nafi Hamil...

SUSULAN tersebar berita mengatakan dirinya kini sedang hamil anak kekasihnya, pihak pengurusan Selena...

MCA Tak Janggal UMNO...

KUALA LUMPUR – MCA tidak merasakan penggabungan UMNO dan PAS dalam agenda penyatuan...

Wanita Dibunuh Suami Kerana Cemburu

SEORANG wanita maut selepas dipercayai dibunuh suaminya di sebuah ladang sawit di Kuala Baram, Miri, Sarawak, lewat malam tadi.

Media tempatan melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Ria, 24 tahun dipercayai mati ditikam menggunakan ‘bidik’ di dada sebanyak dua kali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang lelaki warga Indonesia ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek ditahan di ladang yang sama apabila menerima laporan daripada pekerja ladang.

“Siasatan mendapati kejadian tercetus apabila suspek cemburu dengan sikap isterinya yang curang,” katanya.

Jelasnya, dalam kejadian lewat tengah malam itu, suspek dikatakan terserempak dengan isterinya bersama seorang lelaki warga Indonesia di sebuah rumah lain.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan…

Kategori