Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tinggalkan Bayi Dalam ‘Baby...

BUKIT MERTAJAM - 'Baby hatch' atau peti pelindung bayi, tempat bagi ibu yang...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR -  Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan bergerak perlahan petang ini berikutan semakin ramai...

Minta 30 Keping Gambar...

SYARIKAT penerbangan, Malaysia Airlines Berhad (MAB) menafikan menerima permohonan kerja melalui kiriman emel,...

Pasca Banjir: Guru Bantu...

KUALA KRAI - Keadaan di Kuala Krai yang masih belum pulih sepenuhnya setelah...

Wanita Curi Peria, Ikan, Baju Dalam Dipenjara 7 Bulan

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri pelbagai barangan mentah dan pakaian dalam, seorang wanita warga Indonesia dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini.

Majistret Haslinda A. Raof menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rindi, 37, mengaku bersalah terhadap pertuduhan selain memerintahkan hukuman penjaranya ditambah lagi sebulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencuri pelbagai barangan mentah antaranya kacang panjang, sayur peria, sambal belacan dan dua ekor ikan selain pakaian dalam iaitu sehelai seluar pendek, tiga helai seluar dalam dan sehelai baju dalam wanita.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasar Raya Giant Pandan Kapital, Pandan Indah pada pukul 12.30 tengah hari, 13 Disember lalu.

Selain itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela juga dihukum penjara lima bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah pada tempat, waktu dan tarikh sama.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua kesalahan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapan 13 Disember lalu. – UTUSAN ONLINE

Kategori