Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Rihanna Terkejut Suara Peminat...

KEBIASAANNYA dalam mana-mana konsert, ada penyanyi gemar hulur mikrofon ketika sedang mendendangkan lagu...

Kucupan Mesra Kekasih Pemain...

MUNGKIN ada sedikit kegembiraan bagi penyokong England meskipun tersingkir di 16 pasukan terbaik...

Senarai Penuh Calon PRU14...

KOTA BHARU - Berikut adalah senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi kerusi...

Memanah Sasar Sekurang-Kurangnya Ke...

INCHEON - Ketua jurulatih memanah, Abd Rahman Saayon menyasarkan skuad memanah sekurang-kurangnya layak...

Wanita Cedera Tong Gas Meletup

BIDOR – Seorang wanita cedera apabila tong gas memasak tiba-tiba meletup ketika mangsa mahu menyediakan sarapan di rumahnya di Kuarters Klinik Kesihatan Sungkai, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa yang berusia 43 tahun, dipercayai seorang jururawat, cedera pada belakang badan dan kaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPB) negeri, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 5.26 pagi.

Katanya, setiba di tempat kejadian, bomba mendapati seorang wanita terbaring di atas lantai dalam keadaan cedera pada belakang badan dan kaki.

Beliau berkata, mangsa dipercayai tercampak kira-kira satu meter akibat letupan tong gas itu yang turut merosakkan cermin tingkap, alatan memasak dan bahagian siling dapur.

“Anggota memakai peralatan lengkap berserta alat bantuan pernafasan masuk ke premis itu sebelum membawa keluar mangsa yang cedera dan menyerahkannya kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital.


“Anggota bomba juga mengeluarkan tong gas untuk siasatan. Dapur premis itu mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.09 pagi. – BH ONLINE

Kategori