Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Misteri… Kubur Raja Dadah...

SEBUT sahaja gerangan empunya nama Freddy Budiman, pastinya warga Indonesia mengenalinya. Berita hukuman mati...

Wanita Ditahan Dipercayai Hina...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang wanita malam tadi kerana dipercayai membuat kenyataan...

Wakil Rakyat ‘Kaki Buku’...

SABAK BERNAM - Amat jarang benar jumpa wakil rakyat yang cukup seronok dengan...

17 Anak Kapal Vietnam...

SONGKHLA - Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) menahan sebuah bot nelayan yang berdaftar...

Wanita Britain Ditahan Selepas Dakwa Dirogol

PELANCONG wanita dari Britain menjadi keliru apabila ditahan polis Dubai selepas membuat laporan mendakwa dirinya dirogol oleh sekumpulan lelaki dari negara asalnya ketika melancong di Dubai, baru-baru ini.

CNN melaporkan wanita tersebut ditahan kerana didakwa mengadakan hubungan seks luar nikah.

“Ini adalah sesuatu yang membimbangkan. Polis sering kali gagal membezakan hubungan seks yang dilakukan secara rela dan kejadian rogol.

“Mangsa membuat laporan bagi mendapatkan pembelaan sebaliknya ditahan. Polis bukan sahaja membatalkan laporan tersebut tetapi menghukum mangsa,” kata Pengarah kepada sebuah kumpulan penasihat undang-undang NGO, Detained In Dubai, Radha Stirling.

Stirling berkata, wanita tersebut telah dibebaskan dengan ikat jamin dan pasportnya dirampas.

Jika didapati wanita tersebut melakukan hubungan seks secara rela, dia akan dikenakan hukuman penjara sebulan hingga tiga tahun dan diusir keluar dari negara Timur Tengah tersebut.


Sementara itu, jurucakap pejabat luar negara United Kingdom berkata, pihaknya tidak dapat membincangkan mengenai insiden tersebut.

“Kami menyokong kes membabitkan wanita tersebut dan akan terus berhubung dengan keluarganya mengenai kejadian ini,” katanya.

Bagaimanapun, kerajaan dan polis Dubai enggan memberikan sebarang komen berhubung insiden tersebut kerana kes itu masih belum dibicarakan di mahkamah. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori