Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Mario Gomez Bakal Jurulatih...

KUALA LUMPUR - Laman Facebook rasmi kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT)...

Mohamad, KJ Dan Shaziman...

SEREMBAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan...

Varian Baharu COVID-19 Dikenal...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesan kewujudan varian baharu di negara ini iaitu South...

Lebih 50 Maut Di...

KABUL - Pertempuran antara tentera kerajaan dan militan antikerajaan telah menyebabkan lebih 50...

Wanita Arab Saudi Tidak Perlu Berjubah

RIYADH – Wanita Arab Saudi tidak perlu memakai jubah atau ‘abaya’ longgar untuk menutup tubuh mereka di tempat awam, kara seorang ulama kanan dalam petunjuk liberalisasi meluas negara itu.

“Lebih 90 peratus wanita Muslim yang taat kepada agama dalam dunia Islam tidak memakai abaya,” kata ahli badan agama tertinggi negara atau Majlis Ulama Kanan itu, Sheikh Abdullah al-Mutlaq.

“Justeru, kita tidak patut memaksa orang ramai memakai abaya,” katanya dalam satu program televisyen yang disiarkan kelmarin.

Arab Saudi yang mempunyai sekatan antara paling ketat terhadap wanita mewajibkan wanita berjubah.

Kerajaan tidak menyatakan sama ada ia akan mengubah undang-undang, namun ini adalah kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkan seorang tokoh agama kanan.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman baru-baru ini memperkenalkan beberapa reformasi memihak kepada wanita ketika negara itu melakukan persediaan untuk era pasca minyak.


Bulan lalu, Arab Saudi membenarkan wanita masuk ke sebuah stadium bola sepak untuk kali pertama bagi menyaksikan satu perlawanan.

Tindakan itu dilakukan empat bulan selepas negara itu mengumumkan pemansuhan larangan memandu di kalangan wanita dan ia dilihat sebagai perubahan besar dalam sosial negara amat konservatif terbabit. – AFP/BH ONLINE

Kategori