Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hukuman Dalam Islam Bersifat...

TAWAU - Islam adalah agama yang menitikberatkan amalan kasih sayang serta kesederhanaan dan...

Mahathir Mula Tugas Perdana...

TUN Dr. Mahathir Mohamad hari ini memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim.Dr. Mahathir...

Rangka Kerja Mata Wang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengumumkan dua rangka kerja pengawal seliaan bagi platform...

Pemain Bola Sepak Honduras...

PEMAIN bola sepak kebangsaan Honduras, Arnold Peralta, 26, ditembak mati di lot parking...

Wanita 42 Tahun Menyamar 20-An Untuk Tipu Lelaki

SEORANG wanita berusia 42 tahun, mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang iaitu dengan menyamar sebagai wanita yang berusia 20-an dengan taktik solekan dan menipu lelaki.

Wanita itu, Li Daqing, dari Shenzhen, China, berjaya menipu teman lelakinya yang lebih muda dan melarikan duit sebanyak RM3.6 juta.

Malah ketika ditangkap, kekasihnya itu tidak mengenali Li kerana wajahnya begitu berbeza disebabkan dia tidak mengenakan sebarang solekan.

Polis juga memberitahu ketika menjalankan siasatan, mereka seolah-olah berdepan dengan tiga individu berbeza iaitu Li tanpa solekan, Li dengan wajah solekan yang sedikit dan Li dalam solekan penuh.

Dia akhirnya ditangkap ketika melintasi depan polis semasa mahu menaiki sebuah kereta api. Siasatan mendapati Li dilahirkan pada 1976 namun menipu kononnya dia dilahirkan pada 1990.

Kes itu terbongkar apabila abang kepada kekasihnya, Li Xiaoqing bertanyakan kepada adiknya mengenai wang yang hilang dalam akaun perniagaan keluarga mereka.

Selepas bersemuka, Xiaoqing mengaku memberikan wang itu kepada teman wanitanya yang cantik dan `muda’ yang menggunakan nama samaran Wang Sanjie.


Penipuan itu berlaku mulai 2016 hingga penghujung tahun lepas dengan 150 urus niaga pindahan wang dilakukan ke dalam akaun Li.

Wanita itu mendakwa ibunya mengalami strok dan keluarganya berantakan akibat masalah hutang judi yang serius di Macau. – MYNEWSHUB.CC

*Sekadar Video Hiasan…

Kategori