Wanita 100 Tahun Antara Korban COVID-19 Hari Ini

PUTRAJAYA – Wanita berusia 100 tahun antara tiga individu yang dilaporkan meninggal dunia disebabkan jangkitan COVID-19, hari ini. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes terbaru itu menjadikan jumlah kes kematian di negara ini sebanyak 170 kes atau 0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

Katanya, wanita berusia 100 tahun (kes 13,844) ialah seorang warga asing dan dilaporkan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent. 

“Bagi kes kematian ke-168, membabitkan kes 12,170 wanita berusia 54 tahun yang mempunyai beberapa penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan penyakit kelenjar tiroid. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth. 

“Kes kematian ke 169 membabitkan lelaki berusia 68 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis dan disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini. – BH Online

Loading...