Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unta Disingkir Pertandingan Ratu...

RIYADH - Sebanyak 12 unta dilarang daripada menyertai pertandingan 'ratu cantik' unta setelah...

Kerajaan Nafi Keluarkan Notis...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin...

Banjir: Proton Tawar Khidmat...

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd kini menawarkan perkhidmatan buruh percuma untuk pembaikan...

Lelaki Berzina Disebat Di...

SEORANG lelaki yang ditangkap ketika melakukan seks dengan seorang wanita yang telah berkahwin, telah...

Wang Ihsan RM15.7 Juta Bukan Royalti Minyak Kelantan

KOTA BHARU – Kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan Kelantan sudah menerima wang royalti daripada kerajaan Persekutuan adalah tidak benar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan Kelantan meminta royalti minyak namun kenyataan Menteri Kewangan semalam adalah berkenaan wang ihsan sebanyak RM15.7 juta bukannya wang royalti.

“Kerajaan minta royalti minyak atau gas tetapi yang kerajaan Persekutuan beri adalah wang ihsan. Apa yang Menteri Kewangan cakap semalam ialah wang ihsan bukan royalti minyak. Beza terlampau jauh, cuba rujuk balik kamus dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka).

“Wang ihsan nak beri pun tak apa, tak beri pun tak apa tetapi royalti hak kita, kewajipan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Kelantan.

“Saya maklumkan kepada ahli dewan pada 17 September lalu sebanyak RM15,749,561.50 di bawah tajuk wang ihsan kepada Kelantan 2019,” katanya semasa menjawab soalan tambahan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim sini hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS-Semerak) berkenaan dengan dakwaan Menteri Kewangan bahawa negeri ini sudah menerima wang royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri.


Hilmi Abdullah (PAS-Guchil) turut bertanyakan soalan tambahan mengenai tunggakan royalti minyak yang belum dibayar dan Ahmad memberitahu, bayaran tunggakan tersebut adalah tidak tetap memandangkan ia bergantung kepada hasil tahunan yang diperoleh setiap tahun.

Lim Guan Eng semalam mendakwa bayaran royalti kepada kerajaan Kelantan telah dibayar bulan lepas dan beliau sendiri yang menandatangan pembayaran atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Guan Eng turut memaklumkan pembayaran tersebut sepatutnya dilakukan pada Januari depan, namun diawalkan ke bulan lepas. – Sinar Harian

Kategori