Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Projek Wi-Fi Komuniti Bantu...

KUALA LUMPUR - Projek Wi-Fi Komuniti (WK) disediakan kerajaan di kawasan luar bandar...

3 Ditahan Edar Dadah...

IPOH - Tiga beradik ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taiping...

160 Pelajar Ditahan Kerana...

Putatan : Seramai 160 pelajar ditahan selepas terbabit pelbagai jenayah di Sabah dari...

72 Jam Berlalu, Nora...

NILAI - Setelah 72 jam berlalu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak...

Wan Azizah Kesal Suu Kyi Abai Isu Rohingya

BRUSSELS – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan rasa kesal terhadap pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi kerana enggan menghentikan kekejaman tentera negaranya terhadap etnik minoriti Rohingya Islam.

Dr Wan Azizah berkata reputasi Suu Kyi sebagai Pemenang Hadiah Keamanan Nobel tercalar berikutan keengganannya mendesak tentera Myanmar menamatkan kempen keganasan yang berlarutan sekian lama itu.

“Kita dulu pun sama-sama mengetengahkan demokrasi di Myanmar.

“Saya berasa kesal Aung San Suu Kyi tidak membuat apa yang dulunya kita sama-sama rasakan bahawa dia perlu campur sama,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas menemui Federica Maria Mogherini, Wakil Tinggi Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamatan pada Khamis.

Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan dua hala dengan wakil EU di luar mesyuarat Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-12 (ASEM) itu, Federica Maria membangkitkan masalah pelarian Rohingya kerana Malaysia antara jiran Myanmar yang mendapat limpahan pelarian yang diusir.

“Beliau (Federica Maria) sendiri telah melawat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, dan mahu cara terbaik untuk menangani masalah tersebut kerana ramai yang menanggung beban kemanusiaan ini.

“Saya memberitahu kita telah mengambil ramai pelarian Rohingya ini dan cuba sedaya upaya menolong. Kita juga mahu etnik Rohingya berada dalam Myanmar itu sendiri sebagai kerajaan antara junta dan sivil,” kata Dr Wan Azizah.


Laporan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut tentera Myanmar perlu disiasat atas dakwaan melakukan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya, namun negara itu menolak laporan itu dengan alasan ia ‘berat sebelah’.

Suu Kyi yang pernah dilihat sebagai aktivis berprinsip dan suara untuk hak asasi manusia sejagat, kini berdepan tekanan antarabangsa kerana membiarkan kekejaman tentera negaranya itu.

Dr Wan Azizah tiba di sini pada Rabu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan ASEM yang bermula semalam (Khamis).

Sidang Kemuncak ASEM selama dua hari itu menghimpunkan ketua-ketua negara atau kerajaan 51 negara Eropah dan Asia, wakil daripada EU dan Setiausaha Agung ASEAN. – BERNAMA

Kategori