Wan Azizah Kemas Pejabat

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pada 11.25 pagi ini.

BH Online melaporkan, beliau yang ditemani anaknya, Nurul Izzah berada di bangunan itu kira-kira sejam.

Difahamkan kehadiran Wan Azizah di bangunan berkenaan untuk mengemas dan mengambil barang milik beliau di pejabat itu.

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin nombor satu negara sekali gus menyaksikan Kabinet Pakatan Harapan terbubar.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kemudiannya berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim selepas menerima peletakan jawatannya pada hari sama. – myMetro Online

Loading...