Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Buru Sekumpulan Lelaki...

Kulai : Polis giat mengesan sekumpulan lelaki yang menyamar sebagai polis dalam cubaan...

Tiada Penyelewengan Agihan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada...

SPR Bermesyuarat Esok Bagi...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas berkaitan urusan Pilihan...

Nafi Pemilik Kopitiam Old...

PENASIHAT DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham membuat  laporan polis terhadap Menteri Pertanian dan...

Wan Azizah Cabar Tun M Tanding PRU Jika Mahu….

GEORGE TOWN – Ini betul-betul ‘makan dalam’. Kini baharulah nampak sangat nilai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad di mata musuh kuatnya, Ketua Pembangkang, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini selepas isteri Anwar Ibrahim itu mencabar Mahathir untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) yang akan datang sekiranya negarawan tersebut mahu terus membabitkan diri secara serius dalam kancah politik tanah air.

Untuk rekod, Wan Azizah adalah antara sebahagian tokoh politik pembangkang yang tidak pernah menandatangani Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir malah langsung tidak pernah menghadiri apa-apa majlis anjuran beliau.

Menurut Wan Azizah, Mahathir perlu bertanding pada PRU bagi membuktikan bahawa dirinya memang layak untuk menerajui sebuah blok pembangkang khasnya Pakatan Harapan yang kini disertai oleh DAP, PKR dan PAN.

“Jika beliau mahu menjadi Ketua Pembangkang, masuk bertanding dahulu. Atau sekurang-kurangnya menjadi ahli dalam mana-mana parti terlebih dahulu,” katanya ringkas ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Wan Azizah Cabar Tun M Tanding PRU Jika Mahu....

Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri bertanding di Parlimen Kubang Pasu, tetapi beliau pernah kalah ketika bertanding sebagai perwakilan bahagian UMNO Kubang Pasu selepas tidak lagi menjadi pemimpin negara kita.


Pengaruh Mahathir di peringkat akar umbi amat diragui seperti kehadirannya di tiga tempat di Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu baru-baru ini yang langsung tidak memberikan apa-apa kesan ketara.

Bahkan paling unik, berlaku peningkatan undi di Jerlun yang majoriti pengundinya kaum Cina sehingga Barisan Nasional (BN) buat julung kali menang di kawasan tersebut yang tidak pernah dimenangi sejak tiga PRU lepas.

Terdahulu, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HPP di sini.

Turut hadir melawat pemimpin BN Kedah itu ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dr. Afif Bahardin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori