Wan Azizah, Anwar Selesai Menghadap Agong

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sebentar tadi.

Kereta jenis Lexus yang membawa Anwar dan Proton Perdana membawa Dr. Wan Azizah dilihat keluar dari Istana Negara melalui pintu dua pada jam kira-kira 3.15 petang, tadi.

Kedua-dua mereka menghadap Yang di-Pertuan Agong selama kira-kira 40 minit bagi memaklumkan berhubung perkembangan politik semasa tanah air.

Terdahulu, kedua-dua mereka tiba di Istana Negara secara berasingan pada jam 2.30 dan 2.40 petang. – myMetro Online

Loading...