Wan Azizah, Anwar, Guan Eng, Mat Sabu Keluar Dari Kediaman Mahathir

SERI KEMBANGAN – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat meninggalkan kediaman Tun Dr. Mahathir Mohamad jam 12.23 tengahari tadi.

Ia selepas pertemuan empat pemimpin Pakatan Harapan (PH) antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dilihat memasuki kediaman Perdana Menteri, di sini kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Sejurus Setiausaha Agung DAP itu keluar, Wan Azizah Wan Ismail pula meninggalkan kediaman Dr. Mahathir di Seri Kembangan jam 12.23 tengahari melalui pintu A.

Menyusul adalah Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.

Sesi perbincangan itu dianggarkan mengambil masa hampir dua jam. – MalaysiaGazette

Loading...