Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahmad Idham Terima Pangkat...

PENGARAH dan penerbit, Ahmad Idham Ahmad Nadzri melakar sejarah apabila menjadi penggiat seni...

PTD Mengaku Tidak Bersalah...

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) mengaku tidak bersalah di...

Seorang Maut Gempa Bumi...

SAN SALVADOR - Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud menggegarkan El Savador semalam, menyebabkan...

Cubaan Seludup Daun Ketum...

NARATHIWAT - Seorang pemuda Thailand ditahan polis di Narathiwat ketika menyeludup 117 kg...

Wan Ariff: Coolest Man In The Planet

BUKAN mudah menjadi lelaki matang. Menjadi dewasa dan tenang dalam menangani masalah. Takat jadi lelaki kepala angin memang mudah. Sepak terajang dan gempaq gengster sana-sini apabila beremosi atau nak acah hebat!

Jantan kepala angin memang bersepah. Lebih banyak daripada nenas busuk di pasar malam.

Apabila Wan Ariff  kekasih Afifah Nasir bertindak cool dan tidak melenting walaupun dituduh dayus – dia layak digelar The Coolest Man In The Planet.

Ruang Instragram Wan Ariff dipenuhi kejian konon dia dayus. Dituduh dayus sebab tidak bertindak dalam isu Afifah memegang tangan Aliff Aziz. Wan Ariff pun jadi mangsa kritikan sebab dirinya kekasih Afifah.

Tapi Wan Ariff matang walaupun baru berusia 24 tahun. Katanya, dia tahu semua isu disebalik kes itu dan dia maklum sejak bermula penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu.

“Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya.


“Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan,” ujarnya yang turut menemani Afifah semasa satu sidang media yang diadakan pagi tadi di pejabat peguam Ruben & Co, di Solaris, Dutamas, sini.

Orang muda yang kacak dan matang memang rare di pasaran. Wan Ariff berada dalam kelas tersendiri. Dia The Coolest Man In The Planet. – MYNEWSHUB.CC

Kategori