Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kayanya Mamat.. Labur RM...

DALAM diam-diam, Mamat yang merupakan bekas anggota kumpulan pelawak terkenal Sepah telah memiliki sebuah...

Mangsa Banjir Di Pekan...

KUANTAN - Seramai 102 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara...

Mayat Warga Emas Ditemui...

MUAR - Mayat seorang wanita warga emas ditemui terdampar di tepi Sungai Muar...

Kes Rogol Remaja Perempuan...

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menafikan adanya kes cubaan rogol serta pukul...

“Wan Ahmad Fayshal Kena Sekolah Dengan PKR”

ARMADA PPBM perlu muhasabah diri dan belajar menghormati pengorbanan orang lain. Jangan bersikap bongkak mendabik dada. Semalam YB Senator Wan Ahmad Fayshal dengan sombong membuat ucapan bahawa PPBM telah melahirkan dua orang Perdana Menteri walau usia parti tersebut baru setahun jagung.

Kerua Armada PPBM sepatutnya sedar diri dan dan tambahkan lagi ilmu pengetahuan berkenaan perkara berkenaan.

Saya persilakan Armada untuk ulangkaji perkara berikut;

1.Konsesus PH pada Januari 2018 telah sepakat untuk mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekiranya PH memenangi PRU-14. Bukan mudah untuk pendokong tegar dan pejuang reformasi menerima pencalonan diktator tersebut. Demi agenda bina semula negara, kami sanggup berkorban menelan kepahitan tersebut demi perjuangan.

2. PH akhirnya memenangi PRU 14 dan pelantikan Tun Dr Mahathir tertangguh sebanyak tiga kali manakala Presiden Keadilan ketika itu ditawarkan jawatan Perdana Menteri oleh YDP Agong ketika itu dan akhirnya menolak tawaran tersebut atas prinsip berpegang kepada janji untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Dr Mahathir.

3. Tun Dr Mahathir langsung tiada roh perjuangan reformasi. Pentadbirannya mula dilihat sebagai diktator semula. Banyak manifesto PH pada PRU-14 tersekat ditangannya. Paling menjadi bahan sebutan ketika itu adalah ucapan biadap beliau “manifesto bukan kitab suci” sehingga rakyat hilang kepercayaan kepada PH.

4. Bermula siri pelan pengkhianatan pertukaran kerajaan yang pada mulanya direstui oleh Tun Dr Mahathir sendiri menjadi gagal apabila dia meletakkan jawatan dan kononnya masih mendapat sokongan ahli parlimen tetapi akhirnya beliau gagal mendapat sokongan untuk dicalonkan semula.

5. Pimpinan PH pada ketika itu masih menghormati Tun Dr Mahathir untuk tidak meletakkan jawatan dan kekal bersama PH namun tidak dilayan. PH memulakan langkah baru mencalonkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baru tetapi Tun Dr Mahathir bagaikan tersentak dari lamunan dan kembali bersama PH semula untuk menjadi Perdana Menteri kali ketiga.


6. Usaha tersebut gagal dan Tan Sri Muhyidin Yasin dipilih menjadi Perdana Menteri.

Berdasarkan kronologi diatas, jelas PPBM hanya sekadar angkat piala buatan sendiri mendabik dada kerana telah melahirkan dua Perdana Menteri dalam usia setahun jagung. PPBM tidak mampu berdiri diatas kaki sendiri. Tun Dr Mahathir diangkat menjadi Perdana atas pengorbanan Keadilan, DAP & Amanah. Tan Sri Muhyidin Yasin dipilih sebagai Perdana Menteri atas rundingan pintu belajang bersama parti-parti yang kalah pada PRU 14. Ini kenyataan.

Armada perlu sedar parti mereka bagaikan telur dihujung tanduk dan jika dijentik boleh jatuh terhempas dan berkecai.

Pesanan terakhir buat Armada PPBM, sila muhasabah diri. Menang pun atas dasar tumpang logo parti orang lain. PRU 14 menjadi gambaran jelas PPBM tamak mahu 51 kerusi tapi hanya menang 13 kerusi sahaja.

Mohd Khairool Bin Ngadon
Pengarah Komunikasi
Angkatan Muda Keadilan Selangor

Kategori