“Wallahi, Wabillahi, Watallahi, Saya Tak Tahu RM42 Juta Itu”

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi terdiam seketika selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengakuan bahawa beliau tidak mengambil wang berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun bank.

Najib, 67, berkata demikian semasa membuat pengakuan dalam kandang tertuduh selepas beliau diberi peluang membela diri hari ini.

Beliau berkata kepada mahkamah hari ini, sebelum ini beliau telah membuat kertas kerja (proposal) berhubung dana SRC berkenaan namun ia tidak dapat direalisasikan ekoran beliau menghadapi pertuduhan kes ini.

Menurut beliau lagi, sepanjang perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri, beliau telah meningkatkan indeks saham negara antaranya Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad.

“Wallahi, Wabbilahi, Watallahi, saya tidak mempunyai pengetahuan berhubung RM42 juta itu,” katanya dalam nada sebak.

Mahkamah kemudian menangguhkan prosiding bagi hukuman terhadap beliau petang ini. – Sinar Harian

Loading...