Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PDRM, Sila Tangkap Ah...

Polis Diraja Malaysia sudah tidak boleh bersabar lagi dengan pihak yang menggunakan laman...

Empat Tengkorak, Tulang Dalam...

EMPAT tengkorak dan tulang manusia ditemui di dalam empat tempayan oleh pekerja Tenaga...

Wabak Rabies Di Sarawak...

KUALA LIPIS - Kementerian Kesihatan akan terus memantau penularan wabak rabies di Sarawak...

Warga Singapura Dikhuatiri Lemas...

IPOH - Seorang lelaki warga Singapura dikhuatiri lemas ketika melakukan aktiviti berkayak bersama...

Walau Digelar Hantu, Gadis Albino Kini Jadi Model

MESKIPUN dibuli dan digelar `hantu’ namun Nontobeko Mbuyazi, 20, yang dilahirkan albino, kini mampu tersenyum kerana dia telah berjaya menjadi seorang model.

Albino adalah mereka yang tidak mempunyai pigmentasi.

Mbuyaki yang merupakan penuntut Universiti Nontobeko kini dengan bangga menayangkan gambar-gambarnya sebagai model di media sosial walaupun turut menjadi mangsa buli siber.

“Saya adalah albino dan di sebalik perbezaan itu, saya telah menemui keyakinan dengan memulakan karier sebagai model.

“Orang gelar saya hantu dan tanya kenapa muka saya pucat tetapi saya berani untuk mempertahankan diri dan inilah yang memberikan keyakinan kepada saya,’’ katanya.

Menurut Mbuyaki, ramai albino diluar sana yang mengalami tekanan disebabkan diskiriminasi terhadap mereka tetapi gadis yang dilahirkan di Ladysmith di Afrika Selatan ini tidak mahu hidup dalam tekanan.


“Bila saya membesar, saya tidak dibenarkan bermain di luar rumah bersama kanak-kanak lain disebabkan kulit saya yang begitu pucat dan perlu memakai topi sepanjang masa. Saya bencikannya.

“Tetapi albino tidak boleh melupakan bahawa mereka perlu melindungi diri daripada cahaya matahari kerana ia merbahaya,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori