Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Shamsul Anuar Letak Jawatan...

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah melepaskan jawatan sebagai...

Jerebu: Indonesia Kini Lakukan...

JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berkata Indonesia kini melakukan “segala-galanya” dalam...

Mahasiswa USIM Juara Pidato...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Irfan Faruqi Mohamad Fairus...

Pembelajaran Fleksibel Kunci Pendidikan...

KOTA KINABALU : Pendekatan ‘satu saiz untuk semua’ dalam pendidikan tinggi sudah tidak...

Walabi, Helang Merah ‘Keluarga Baharu’ Zoo Melaka

MELAKA – Zoo Melaka dan Night Safari bakal menerima kehadiran ‘anggota keluarga baharu’ melibatkan lima pasang walabi dan tiga ekor helang merah bagi mencapai sasaran sejuta pelancong ke pusat rekreasi haiwan itu pada tahun depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Mahani Masban berkata dua spesies berkenaan adalah di bawah program pertukaran haiwan bersama pusat rekreasi lain seperti Zoo Taiping dan Night Safari di Perak, Underwater World Langkawi (Kedah) dan Taman Burung (Pulau Pinang).

“Kita mengenal pasti populasi habitat dua spesies ini semakin berkurangan, bagaimanapun usaha ini masih dalam perbincangan dengan pihak yang terlibat dan mengambil masa kira-kira tiga hingga enam bulan.

“Dengan adanya dua spesies haiwan baharu ini di samping penambahbaikan infrastruktur dan pelbagai perancangan program kerjasama dengan zoo di seluruh negara, kita berharap lebih ramai pengunjung datang ke pusat rekreasi haiwan ini,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Zoo Melaka dan Night Safari, Zanariah Khamis dan Pengurus Kanan Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka, Asmaliana Ashari.

Mahani berkata dari Januari hingga November lepas, Zoo Melaka dan Night Safari mencatat kedatangan pelancong sebanyak 600,000 orang.

Pusat rekreasi haiwan yang ditubuhkan pada 1963 berkeluasan 22 hektar itu merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia, menempatkan kira-kira 480 haiwan daripada 150 spesies yang berlainan dari seluruh dunia selain mengamalkan konsep terbuka di samping mengekalkan keindahan alam semula jadi.


Dalam pada itu, beliau berkata Zoo Melaka dan Night Safari turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik dikenali sebagai program ‘Zootastic’ sepanjang musim cuti persekolahan yang berlangsung sehingga 31 Dis ini.

“Program ‘Zootastic’ ini akan memberi pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan antaranya memberi makanan kepada haiwan termasuk unta dan rusa, sesi bersama penjaga zoo, pertunjukan burung dan menaiki kereta kuda berhias.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai sesi bersama Bahagian Pendidikan Zoo yang diadakan bertujuan meningkatkan pengetahuan mereka mengenai burung besar seperti burung unta selain sesi bersama doktor veterinar,” katanya.

Zoo Melaka dan Night Safari yang sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja pengauditan, pembersihan dan penambahbaikan oleh pihak MPHTJ setelah mengambil alih daripada syarikat konsortium KKW Sdn Bhd sejak Oktober lepas, kini kembali beroperasi demi masa depan dan kedudukan ikon pelancongan itu. – BERNAMA

Kategori