Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hup Seng Nafi Biskutnya...

PETALING JAYA - Pengilang dan syarikat pembuat biskut Hup Seng menafikan dakwaan bahawa...

98,000 Penduduk P.Pinang Bakal...

PULAU PINANG - Seramai 98,000 penduduk di 51 kawasan di negeri ini dijangka...

Wanita UMNO Berdiri Teguh...

JELEBU - Pergerakan Wanita UMNO akan sentiasa berdiri teguh di sisi Presiden UMNO...

Rela Bertuah Anggota Turut...

RANAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bertuah kerana...

Wakil Rakyat PH Tidak Boleh Ditegur, Dihalang

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak boleh ditegur dan dihalang jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Kemungkinan itu berpotensi berlaku kerana tindakan semak dan imbang yang berkesan tidak dapat dilakukan bagi mengekang ketirisan dan salah guna kuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan secara uniliteral mengekalkan Ahli Parlimen Beluran sebagai Pengerusi PAC jelas bertentangan dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Andai kata masih terus disandang oleh `orang sendiri’, PH dikhuatiri tidak mendapat apa-apa manfaat selain `persepsi demi persepsi’.

“Oleh itu, saya menggesa Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) mengkaji semula keputusan beliau lebih-lebih lagi apabila dua Ahli Parlimen PH (Nurul Izzah Anwar dan Hannah Yeoh) turut membuat kenyataan supaya Pengerusi PAC disandang oleh wakil pembangkang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir pada sidang akhbar berkata, Ronald tidak perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun jawatan itu untuk Ahli Parlimen pembangkang kerana ia tidak membabitkan dasar dalam kerajaan dan sebahagian daripada perlembagaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori