Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki, Wanita Bersama...

KUCHING - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama 21 peket plastik...

SPRM Panggil Zahid Beri...

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan separuh bogel di tepi...

Anifah Sah Tinggalkan UMNO

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan...

Wakil Rakyat Pakatan Tukar Kerusi Setiap Kali PRU

KUALA LUMPU – Mengapa begitu ramai wakil rakyat pembangkang tidak akan mempertahankan kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan bertanding di kawasan lain dalam PRU14?

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, situasi itu sebenarnya seolah-olah menjadi trend dalam kalangan wakil rakyat pembangkang iaitu akan meninggalkan kerusi mereka setiap kali menjelang PRU.

“Saya merujuk kepada trend sejumlah besar Ahli Parlimen pembangkang mengisytiharkan niat mereka untuk bertanding di kawasan baru, bukan mempertahankan kerusi mereka sedia ada.

“Banyak alasan remeh untuk melarikan diri seperti ia kerusi yang sukar, tawaran sebagai bakal menteri, strategi politik dan sebagainya

“Perbuatan Ahli Parlimen pakatan pembangkang itu tidak bertanggungjawab keatas masyarakat kawasan yang mengundi mereka dalam PRU sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Keng Liang, dengan melarikan diri ke kerusi baru, pakatan pembangkang merampas hak pengundi sesebuah kawasan menyatakan pandangan tentang pretasi perkhidmatan wakil rakyat mereka dalam PRU berikutnya.


Justeru, katanya, Pemuda Gerakan menggesa Ahli Parlimen pembangkang bersikap adil dan membenarkan pengundi mereka menilai prestasi mereka selaku wakil rakyat selepas tamat penggal perkhidmatan.

“Apa yang akan berlaku kepada semua janji mereka yang belum tercapai masa lalu yang dibuat pada PRU yang lalu?

“Ahli Parlimen pembangkang tidak boleh melarikan diri ke kawasan baru di mana penduduk tempatan tidak mengetahui rekod prestasi mereka yang lepas. Jangan jadi pelarian dan bersikap adil kepada kawasan anda sedia ada. Biarkan mereka menilai kamu!,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori