Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Diminta Pertimbang Solat...

PETALING JAYA – Kerajaan perlu mempertimbangkan kebenaran bagi aktiviti solat berjemaah di masjid...

Salah Guna Kuasa: Pegawai...

KOTA KINABALU - Seorang pegawai kanan polis hari ini mengaku tidak bersalah di...

Pertempuran Kembali Sengit Setelah...

ALEPPO - Pertempuran dan ofensif-ofensif udara menggegarkan bandar Aleppo di Syria semalam, mengorbankan...

BN Pahang Dijangka Tampil...

BENTONG – Barisan Nasional (BN) Pahang dijangka menampilkan sekurang-kurangnya tiga muka baharu untuk...

DAP Puji Kementerian Berkaitan Agama Islam

KUALA LUMPUR – Wakil rakyat DAP senang hati dengan kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia kerana bertindak selari dengan manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-14 Pakatan Harapan iaitu melarang perkahwinan bawah umur di negara ini.

Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata, kementerian berkaitan agama Islam di Malaysia telah pun memulakan perbincangan dengan hakim syariah untuk menyemak semula undang-undang agama Islam yang pada masa ini membolehkan bawah umur berkahwin.

“Kita perlu jelas tentang perkara ini bahawa larangan perkahwinan bawah umum menyekat penyalahgunaan seksual dan pedofilia yang beroperasi dibawah radar ini.

“Ini bukan lagi masa untuk takut tentang kemungkinan serangan politik dari pihak konservatif dan parti lawan. Ini adalah masa untuk melakukan perkara yang betul,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebelum ini mengumumkan prosedur keizinan perkahwinan bawah umur di negara ini akan diteliti semula.


Undang-undang berkaitan perkahwinan bawah umur di negara ini menetapkan seseorang yang ingin berkahwin mestilah berusia 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Enakmen Keluarga Islam yang dikuatkuasakan di semua negeri, perkahwinan bawah usia 16 tahun bagi wanita memerlukan kebenaran mahkamah, Ketua Menteri atau Menteri Besar dan persetujuan ibu bapa mereka. – Mynewshub.tv

Kategori