Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ulama Terkemuka Ditahan Di...

DUBAI - Tokoh agama terkemuka, Sheikh Salman al-Awdah dilaporkan ditahan pihak berkuasa Arab...

8,253 Pusat Mengundi Ditutup...

PUTRAJAYA – Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang...

Projek Canal City Perlu...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat projek...

DAP Perak Sudah Terima...

IPOH : DAP Perak sudah menerima penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan...

Wakil PKR Kelantan Diarah Lepas Jawatan Serta Merta

PETALING JAYA – PKR menerusi mesyuarat Biro Politik Keadilan memutuskan bahawa semua lantikan wakil parti itu dalam pentadbiran kerajaan Kelantan melepaskan jawatan serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua wakil PKR yang pegang jawatan politik di Kelantan seperti Ahli Majlis dalam kerajaan tempatan dan sebagainya diarahkan untuk letak jawatan serta merta.

“Perkara ini turut telah disampaikan terus kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan,” kata Wan Azizah ketika bercakap kepada pemberita di luar ibu pejabat parti tersebut di Tropicana di sini malam Selasa.

Tindakan pelik tetapi lucu oleh PKR itu menurut penganalisis politik tempatan sebagai usaha ‘sindir’ PAS yang degil masih kekal memegang jawatan Exco dalam pentadbiran kerajaan Selangor meskipun membatalkan tahaluf siyasi.

PAS setakat ini bertegas tiga Exco mereka iaitu Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib; tidak akan letak jawatan selagi tiada titah daripada Sultan Selangor mengarahkan demikian.

Kelakarnya, PKR ujar Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, memutuskan untuk menerima sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang secara muktamad memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik.

Namun parti itu menolak alasan yang diberikan oleh PAS kononnya PKR selama ini banyak mengkhianati parti Islam tersebut termasuk menyokong calon PAN ketika berlangsung dua pilihan raya kecil pada Ramadan tahun lalu.

“Keadilan (PKR) menolak alasan-alasan yang diberikan oleh kepimpinan PAS. Ini walaupun Keadilan sendiri telah berusaha untuk menjaga dan melunakkan hubungan antara kedua-dua parti ini,” dalih Wan Azizah lagi.


Sementara itu berhubung kedudukan Exco PAS di negeri Selangor yang turut dibincangkan pada mesyuarat berkenaan, beliau berkata ia akan diputuskan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Kedudukan PAS dalam kerajaan negeri Selangor telah dibincangkan dan akan diputuskan pimpinan Keadilan bersama Menteri Besar Selangor sekembalinya beliau dari lawatan rasmi ke luar negara,” kata Wan Azizah.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR kini berada di Eropah untuk misi pelaburan. Pada Jumaat lalu beliau memanggil tiga Exco itu di pejabatnya di Shah Alam dan dilapor memberi ‘kata dua’ agar mereka lepaskan jawatan

PKR juga kata Wan Azizah akan meneruskan kerjasama dengan rakan sekutu lain dalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti rasis DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=fQM0_iIC2Yw

Kategori