Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Unit Manjung 4 Penuhi...

LUMUT - Unit Manjung 4, Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Manjung dekat...

Temui Noktah! Hubungan Tasha,...

Bermain teka-teki lebih beberapa minggu, akhirnya tonggak utama drama Tabir Zulaikha, Tasha Shilla...

Myvi Terbabas Langgar Kubur

Seremban : Empat kubur di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights Senawang, di sini,...

Polis Kluang Tahan Individu...

KUALA LUMPUR – Polis Kluang hari ini menahan seorang individu yang menghina mendiang...

Wak Doyok Akui Sudah Berpisah Dengan Azrinaz

SEBELUM ini, ada desas-desus menyatakan ikon fesyen, Wak Doyok dengan personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim telah berpisah.

Gosip itu muncul selepas Wak Doyok dikatakan telah memadam posting ucapan hari jadi untuk Azrinaz pada 23 September lalu.

Lebih panas, Wak Doyok turut memuat naik status di laman sosial Twitter yang menggambarkan situasi seolah-olah baru putus cinta.

Tidak mahu orang ramai terus berteka-teki tentang status hubungannya itu, Wak Doyok mengesahkan sudah berpisah dengan Azrinaz.

Menurut Wak Doyok, punca hubungan cinta mereka putus kerana sudah tiada persefahaman.

Dalam pada itu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md. Nor, 37, berkata, walaupun berdepan dengan saat sukar seperti itu namun dia tenang menghadapinya.


 “Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa.

“Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan,” katanya kepada BH Online.

Menjawab persoalan peminat selama ini tentang berita bertunangannya yang tersebar Julai lalu, Wak Doyok berkata, itu hanyalah khabar angin semata-mata. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori