Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hospital Khas Bagi Veteran...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (Mindef) merancang untuk membina sebuah hospital khas bagi...

Helikopter APMM Cari 2...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggunakan sebuah helikopter untuk mengesan...

Anwar Perlu Kota Janji...

DALAM sidang medianya selepas Mesyuarat Majlis Presiden tadi, Perdana Menteri masih mengekalkan Lim...

Mahkamah Persekutuan Baca Keputusan...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan akan membacakan keputusan terhadap rayuan akhir bekas Perdana Menteri,...

Wajib Serah Simpan Penyata Tahunan, Kewangan Di SSM

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menyeru Pengarah Syarikat agar membentangkan Penyata Kewangan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan dalam tempoh enam bulan dari tarikh tahun kewangan syarikat mereka berakhir.

Perkara ini harus dipastikan oleh SSM selaku badan pendaftar dan pengawalselia korporat supaya salah satu aspek utama tadbir urus korporat yang baik (good corporate governance) dipatuhi setiap syarikat.

Menerusi kenyataan dikeluarkan SSM pada 3 Mei lalu, *tarikh akhir untuk menyerah simpan Penyata Tahunan & Penyata Kewangan bagi syarikat yang tahun kewangannya berakhir pada 31 Disember 2015 adalah 8 ogos 2016 bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Manakala bagi negeri-negeri dengan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu, tarikh akhir berbuat demikian di SSM adalah pada 7 Ogos 2016.

Foto: MYNEWSHUB (Riza Razak)
Syarikat yang gagal membuat serah simpan Penyata Kewangan dan Penyata Tahunan boleh dikenakan tindakan undang-undang. (GAMBAR HIASAN)

Kegagalan membuat serah simpan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan adalah satu kesalahan bawah seksyen 165 dan 169 Akta Syarikat 1965 dan jika disabitkan, pengarah dan syarikat boleh dikenakan tindakan undang-undang. – MYNEWSHUB.CC


*tertakluk kepada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) syarikat

https://youtu.be/Z7diSDcaEKs?list=PLTWicrVjU6aRid6SfVDl3KSVplPbrkabT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori