Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?

SECARA umum Malaysia tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan modal atau “Capital Gains Tax”.

Bermaksud keuntungan dividen hasil daripada jualan saham oleh pelabur pasif tidak akan dikenakan cukai pendapatan.

Ini kerana keuntungan dalam saham dikategorikan sebagai pendapatan peningkatan modal.

Bagaimanapun dalam transaksi jual beli saham itu sendiri sudah ada cukai yang dikenakan oleh kerajaan

Ia termasuk “brokerage fee” iatu yuran kepada broker, “clearing fee” iaitu yuran kepada Bursa Malaysia.

Begitu juga SST yuran kepada kerajaan dan “duty setem” iaitu yuran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Dalam erti kata lain keuntungan dividen jualan saham ibarat keuntungan hasil penjualan aset seperti rumah atau kereta.

Ia bukan keuntungan hasil transaksi perniagaan yang boleh dikenakan sebagai cukai pendapatan oleh LHDNM.

Namun pelabur dikenal pasti menjalankan aktiviti jual beli saham secara konsisten boleh dianggap menjalankan “perniagaan” jual beli saham.

Maka keuntungan atas jualan saham ini boleh dikenakan cukai pendapatan sebagai keuntungan dari perniagaan.

Ia boleh dianggap sebagai cukai pendapatan tahunan kerana pelabur mempunyai anggaran pendapatan bulanan yang tetap.

Justeru ramai berpandangan cadangan cukai pendapatan dikenakan ke atas keuntungan pelaburan saham tidak tepat.

Untuk maklumat lanjut, hubungi LHDNM di sini.

https://janjitemu.hasil.gov.my/