Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Saya Tidak Akan Lepaskan...

MUAR - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata,...

Batal Flight, Ayda Jebat...

SEBAGAI selebriti yang dikenali, pastinya setiap tindak tanduk mereka akan diperhatikan oleh media...

8,000 Kafe Starbucks Bakal...

NEW YORK - Sebanyak 8,000 cawangan Starbucks bakal ditutup pada jam 2 petang...

Tali Gantung Menanti Pasangan...

Johor Bahru : Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Wajah Pencuri Terakam CCTV Masjid

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang tergamak mencuri barangan milik para jemaah di sebuah masjid di Kota Damansara di sini akhirnya memakan diri apabila wajahnya jelas terakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di masjid berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya sedia maklum berhubung kejadian dan telah melihat sendiri rakaman video yang tular itu.

“Setakat tengah hari tadi, pihak polis telah menerima sebanyak dua laporan yang dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kota Damansara.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Rakaman tersebut yang bedurasi 2 minit 29 saat itu memaparkan tindakan suspek yang memasuki masjid berkenaan kira-kira pukul 1.40 petang sewaktu para jemaah sedang menunaikan solat Zohor.

Suspek kemudiannya telah menyelinap ke ruangan solat jemaah wanita tanpa disedari dan menyelongkar beg-beg milik mangsa yang diletakkan di bahagian belakang ruangan.


Lelaki berkenaan kemudiannya dengan segera keluar dari masjid tersebut selepas mendapat beberapa barangan milik jemaah wanita yang sedang bersolat.

Rakaman CCTV itu kemudiaannya menjadi tular selepas ia dikongsikan di laman sosial Facebook sejak pagi tadi. – K! ONLINE

Kategori