Wajah Awet Muda Aktres China Ini Kejutkan Ramai

BINTANG filem China, Yan Ni, jarang membuat penampilan bersama-sama dengan anak perempuannya, Zou Yuanqing.

Namun selepas mereka tampil berdua di Festival Filem Antarabangsa Beijing, dua hari lepas, nama Yan Ni menjadi sebutan.

Bukan kerana lakonannya sebaliknya kerana wajah awet muda Yan Ni. Walaupun sudah berusia 47 tahun, namun dia dan anaknya yang berusia 20 tahun itu, kelihatan seperti dua beradik.

Sukar untuk meneka bahawa mereka adalan anak dan ibu. Jika Yan Ni bukan bintang filem dan tidak dikenali, ramai yang akan menganggap dia berusia dalam 20-an.

Wajah awet muda itu menyebabkan netizen ingin tahu apakah rahsia yang diamalkan oleh Yan Ni.

Dilahirkan pada 1971, Yan Ni telah dilatih sebagai penghibur tentera pada 1990 sebelum menjadi artis teater pada 1994. – MYNEWSHUB.CC