Volvo S60 T8 CKD – Buatan Sweden, Kini di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kereta yang mempunyai sesuatu untuk jalan raya dan sesuatu untuk planet ini, Volvo S60 T8 kini boleh didapati sebagai kenderaan pemasangan tempatan (CKD) untuk jalan raya Malaysia.

Sama seperti varian kenderaan import sepenuhnya (CBU), Volvo S60 T8 CKD hanya akan didatangkan dalam satu trim – T8 R-Design.

Seperti varian CBU, Volvo S60 T8 CKD ini dikuasakan dengan enjin pemenang anugerah, T8 Twin Engine e-AWD plug-in hibrid dimana ia boleh menghamburkan jumlah keseluruhan kuasa sebanyak 407 hp dan tork 640 Nm. 

Motor elektriknya menyalurkan 87 hp dan tork 240 Nm manakala enjin petrol Drive-E, yang dilengkapi dengan teknologi pengecas super dan pengecas turbo, menghasilkan 320 hp dan tork 400 Nm.  Ini diterjemahkan kepada kelajuan 0-100 km/j dalam hanya 4.4 saat.

“Sebagai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), S60 T8 CKD bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan ekzos, tetapi turut menawarkan pecutan dan prestasi yang menyeronokkan.

“Dalam erti kata lain, ia adalah kenderaan yang membolehkan anda untuk kembali bersemangat dengan memberikan anda kawalan ke atas prestasi yang menakjubkan, sambil membantu dunia mengecas semula melalui persekitaran yang bersih,” kata Nalin Jain, pengarah urusan Volvo Car Malaysia.

Untuk mengecas semula dunia, Volvo bukan sahaja mengambil inisiatif untuk memperkenalkan PHEV tetapi juga kenderaan elektrik sejati dengan tujuan mengurangkan jejak karbon bagi setiap kenderaan sebanyak 40 peratus dalam tempoh antara 2018 dan 2025.

Ia juga membuat perubahan daripada rantaian bekalan itu sendiri – Volvo adalah pengeluar kereta pertama  yang menggunakan teknologi blockchain untuk memantau dan mengesan kobalt di seluruh rangkaian pembekalan, bermakna pek bateri yang digunakan di dalam S60 T8 CKD diperolehi secara bertanggungjawab.

Berada di dalam barisan kenderaan mewah Volvo, bahagian dalaman Volvo S60 T8 CKD adalah takrifan kecantikan Skandinavia. Pemilik boleh menikmati perjalanan selesa dengan tempat duduk berkontur yang dibuat dengan balutan Charcoal Fine Nappa Leather dengan Open Grid Textile yang eksklusif dan papan pemuka yang disesuaikan.

Sistem bunyi 14-speaker dikuasakan oleh Harman Kardon yang dipautkan ke sistem infotainment Sensus Connect menambah kemewahan ini. Sistem infotainment Sensus Connect Volvo Cars serasi sepenuhnya dengan Apple CarPlay dan Android Auto, yang membolehkan pemandu kekal berhubung sepanjang masa.

Kawalan intuitifnya pula adalah antaramuka skrin sentuh stail tablet yang menggabungkan fungsi kereta, navigasi dan aplikasi hiburan dalam kereta.

Volvo S60 T8 CKD disokong oleh platform Scalable Product Architecture (SPA), teknologi keselamatan dan sistem ‘infotainment’ Volvo Cars sendiri, yang digunakan dalam kereta mewah 90 Series, si pemenang anugerah XC60 dan kini S60 T8 CKD.

Dalam aspek keselamatan, Volvo S60 T8 CKD menawarkan City Safety dengan teknologi Autobrake, yang membantu pemandu mengelakkan potensi pelanggaran dan satu-satunya sistem di pasaran yang mengenalpasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Dalam segmen sedan saiz pertengahan yang pertama di dunia, City Safety kini juga melibatkan brek automatik untuk mengurangkan perlanggaran dari arah hadapan.

Sistem Pilot Assist – yang menyokong pemandu dengan stereng, pecutan dan brek di atas jalan yang bertanda jelas sehingga 130km/j – telah dinaik taraf dengan prestasi membelok yang bertambah baik.

Volvo S60 T8 CKD juga dilengkapi Run-off Road Mitigation, Oncoming Lane Mitigation dan lain-lain sistem bantuan stereng. Cross Traffic Alert juga meningkatkan keselamatan orang di dalam dan luar kereta yang direka untuk mengesan lintasan trafik di belakang kereta apabila mengundur.

“S60 T8 CKD adalah kereta pemandu yang menakjubkan, kerana ia menggabungkan pengendalian tepat, prestasi lasak dan legasi legenda kami untuk keselamatan. Dengan varian CKD kini yang boleh didapati di Malaysia, kami memberikan pelanggan kami keupayaan untuk merasai kemewahan dan prestasi yang terbaik,” tambah Nalin.

Volvo S60 T8 CKD akan dijual pada harga RM295,888 (atas jalan, tanpa insuran, termasuk duti eksais dan cukai jualan) dan akan tersedia untuk dilihat di semua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara bermula hari ini.

Pada masa sama, Volvo S60 T8 CKD juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia sebagai alternatif lebih selamat dan mematuhi saranan kerajaan dalam penjagaan penjarakan sosial.

Pelanggan juga akan berpeluang memilih empat warna menarik: Crystal White Pearl, Fusion Red Metallic, Onyx Black Metallic dan Pebble Grey Metallic.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.volvocars.com/my atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia (https://www.facebook.com/volvocarmalaysia/) dan Instagram (https://www.instagram.com/volvocarmalaysia/) bagi makluman terkini.

Loading...