Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Nelayan Vietnam...

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan Vietnam ditahan dalam Ops Perkasa Timur selepas cuba...

Rahman Dahlan – Guan...

KUALA LUMPUR - Debat antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul...

“Najib Sudah Turun, Tapi...

SINDIR... Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kewibawaan Belanjawan 2019 dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan...

Maklumat Tular Mangsa Banjir...

Batu Pahat : Maklumat tular di media sosial mendakwa mangsa banjir layak menerima...

‘Vokal Sahaja Tak Cukup’

KUALA LUMPUR – Besar sasaran yang mahu dicapai Hafiz Suip dalam membimbing protege sepanjang cabaran program realiti, Mentor 7 yang disiarkan TV3, sekarang.

Bukan sekadar mengharapkan anak didiknya memiliki vokal mantap, penyanyi Awan Nano itu mahu melahirkan penghibur yang mampu mengangkat martabat dunia seni.

Hafiz berkata, dia mahu membimbing protegenya iaitu Mohd Amal Mohd Faudzi, 21, (Amal) dan Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 24, (Azmirul) menjadi penyanyi pintar melalui aksi persembahan dan pembawaan diri.

“Saya mahu anak didik saya bukan saja ada vokal yang baik, malah mampu bergelar penghibur.

“Dalam erti kata lain, saya mahu mereka menjadi insan yang mampu mengangkat martabat anak seni dan tidak dipandang rendah mana-mana pihak,” katanya kepada BH Online.

Mengaku dirinya masih hijau dalam bidang nyanyian, Hafiz tidak malu meminta nasihat daripada dua sahabatnya iaitu Akim dan Hazama sebaik ditawarkan menjadi mentor.

“Saya mengaku tidak arif jika dibandingkan dengan mentor lain yang lebih berpengalaman.


“Namun, saya menggunakan apa yang tersemat dalam dada untuk dikongsikan bersama protege. Dalam hal ini, saya meminta nasihat Akim dan Hazama,” katanya.

Selain Hafiz, 29, Mentor 7 menampilkan Aizat Amdan, Datuk Syafinaz Selamat dan Siti Nordiana sebagai pembimbing.

Antara lain, program realiti ini membawa pembaharuan di mana konsep ‘Simpan atau Tukar’ diperkenalkan yang membolehkan mentor mengekalkan protege dipilih atau menyerap peserta tersingkir.

Mentor 7 disiarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad jam 9 malam di TV3, sejak 28 Oktober lalu. – BH ONLINE

Kategori