Vokal Fattah Amin Ada Kualiti, Unik – Aizat Amdan

FATTAH Amin, satu nama yang sering dikaitkan dengan ‘pelakon kayu’. Tapi kini Fattah bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, dia juga sudah dikenali sebagai penyanyi!

Mesti ramai dah tahu yang Fattah sekarang ni dah keluar dengan single keduanya yang bertajuk ‘1234U’! Single keduanya itu merupakan soundtrack bagi telefilem terbaharuna bersama Fazura yang bertajuk Wanita Terindah.

Baca: Episod ‘Wanita Terakhir’ Dah Lepas, Kini ‘1234U’ pula?

Bagi penyanyi dan penulis lirik Aizat Amdan, dia mengakui bahawa Fattah sebenarnya mempunyai suara yang unik dan vokalnya juga boleh tahan mantap. Aizat merupakan penulis lirik bagi kedua-dua single nyanyian Fattah.

Bagi Muhammad Aizat Amdan atau Aizat, baginya Fattah mempunyai semangat yang tinggi dalam dunia seni suara meskipun dia sering dikecam kerana cara lakonannya.

“Sebenarnya agak tidak wajar apabila pelbagai kecaman dilemparkan kepada Fattah kerana bagi saya Fattah mempunyai mutu vokal yang unik daripada orang lain.

“Jujur saya katakan lagu Wanita Terakhir itu bukan mudah untuk saya nyanyikan dan hanya Fattah sahaja yang boleh bawakan lagu itu dengan caranya yang tersendiri.

“Bagi saya setiap orang boleh menyanyi termasuklah Fattah dan saya nampak dia ada kesungguhan serta sedang berusaha menjadi seorang penghibur serba boleh,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambah penyanyi berusia 28 tahun itu juga, dia dapat lihat betapa bersungguhnya Fattah dalam mengukir nama dan turut mempunyai aura untuk berjaya pada masa akan datang.

Kalau dilihatkan, memang tidak dinafikan bahawa kini Fattah sudah banyak belajar daripada apa yang sudah terjadi sebelum ini.

Pelakon yang berusia 27 tahun itu juga dilihat semakin bagus ketika beraksi di hadapan kamera. Lakonannya juga sudah kelihatan tidak kaku seperti dulu.

Mungkin lepas ni Fattah tak akan digelar sebagai ‘pelakon kayu’ dah. Itulah yang dikatakan, kadang mulut negatif netizen ni boleh dijadikan semangat juga.

Buktinya kini Fattah lebih matang dalam setiap perlakuannya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...