Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sudah Terbukti PH Dapat...

PAKATAN Harapan (PH) terus mengelak daripada menjawab isu bantuan dan dana asing yang...

Sudan Kecewa Negara Arab...

KHARTOUM - Sudan menyuarakan kebimbangannya mengenai perkembangan terkini dalam kalangan negara anggota Majlis...

UMNO Tidak Akan Bertanding...

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan parti tidak...

Banjir: Pemuda Reka Rakit,...

BESUT - Kreatif dan unik! Itu gambaran sesuai mengenai seorang pemuda, Mohd Khairul Che...

Virus Influenza Di Malaysia Tiada Kaitan Wabak Di China

KUALA LUMPUR – Walaupun trend jangkitan virus influenza menunjukkan peningkatan, analisa yang dibuat Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mendapati ia bukan virus baru, kata menteri kesihatan.

Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jangkitan influenza di Malaysia ketika ini tiada kaitan langsung dengan wabak radang paru-paru (Pneumonia) yang sedang berlaku di Wuhan, China.

“Analisa semasa itu melibatkan kajian trend influenza yang meliputi kadar konsultasi kes penyakit serupa influenza dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan jangkitan pernafasan akut teruk,“ katanya selepas merasmikan kempen derma darah anjuran Persatuan Alumni Sekolah Tun Fatimah di sini, hari ini.

Beliau berkata, vaksin influenza ditawarkan hospital kerajaan hanya kepada golongan berisiko tinggi seperti pesakit menghidap penyakit kronik serta golongan berdaya ketahanan rendah.

Katanya, hanya pesakit yang memenuhi kriteria jangkitan sederhana atau teruk selepas melalui ujian saringan influenza di hospital akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut.


Berhubung dakwaan kehabisan stok ubat dan vaksin, Dzulkefly berkata, kementerian meminta pembekal mendapatkan stok dengan kadar segera bagi memenuhi permintaan di negara ini.

Katanya, kebanyakan fasiliti kesihatan swasta yang sebelum ini melaporkan kekurangan stok ubat anti-virus bagi merawat influenza mula menerima bekalan masing-masing.

“Bagi fasiliti Kementerian Kesihatan pula, pihak Pharmaniaga memberi jaminan stok ubat anti-virus akan terus dibekalkan tanpa sebarang gangguan bagi memastikan bekalan mencukupi setiap masa.”

Kategori