Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Afgan Pilih Fazura Teman...

MESKIPUN nyanyiannya dikritik oleh ramai pihak yang disifatkan sebagai hancur dan tidak pantas...

Banjir Di Rompin Kembali...

KUANTAN - Banjir di Rompin kembali buruk malam ini apabila jumlah mangsa yang...

Tujuh Maut, 67 Cedera...

POKROVSK: Pasukan penyelamat menjalankan kerja-kerja pencarian mangsa di lokasi kejadian serangan ke atas...

Lawatan PM Ke Arab...

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) mempertahankan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi...

Viral Aksi Wheelie Penghantar Pizza Terbalik

VIDEO penghantar bermotosikal Domino’s Pizza yang melakukan aksi wheelie di atas sebatang jalan raya di London, Britain menjadi viral menerusi laman sosial negara itu.

Menurut sebuah laman berita antarabangsa, kejadian tersebut berlaku di Clapham High Street.

Dalam rakaman yang berdurasi kurang 12 saat itu memaparkan seorang penghantar pizza yang memakai helmet berwarna putih dan menunggang motosikal dilihat melakukan aksi wheelie di atas jalan raya yang sibuk dengan kenderaan.

Bagaimanapun, lagak ngerinya itu mengundang padah apabila dia dilihat terjatuh setelah gagal mengimbangi motosikalnya sendiri.

Viral Aksi Wheelie Penghantar Pizza Terbalik

Kedengaran orang ramai dirakam bersorak dan bergelak ketawa selepas penghantar pizza berkenaan terjatuh.

Susulan viralnya video itu, pihak Domino’s Pizza telah melancarkan satu siasatan untuk menyiasat kejadian itu.

Jurucakap rangkaian berkenaan berkata,“Keselamatan awam dan rakan kerja kami adalah perkara paling penting dan aksi ini langsung tidak boleh diterima sama sekali.

“Kami telah lancarkan satu siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan mengambil tindakan lanjut.”


Video berkenaan telah ditonton hampir 30 ribu oleh pengguna Internet.

Sesetengah daripada penonton berasa kasihan dengan nasib yang menimpa penghantar pizza itu manakala yang lain menganggapnya sesuatu yang lucu.

Seorang pengguna Twitter @Cataphonics berkata, “Maka itulah sebabnya mengapa saya… pizza topping adalah seluruh kedai.”

Pengguna lain yang berkata, “Tidak hairanlah pizza saya lewat.”

Matt berkata, “Terbaik dari Dominos.” – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori