Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kluster Baharu COVID-19 Dari...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang...

Pak Nil Ganti Najip...

PERSOALAN siapakah yang bakal menggantikan kerusi kosong ditinggalkan oleh Najip Ali selaku juri tetap...

Dua Lelaki Ditahan Bersama...

GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket memproses dan mengedar dadah apabila menahan...

Warga Emas Nasihat Penyamun...

Tumpat - Seorang warga emas sempat menasihati peragut yang melarikan gelang emas dipakainya...

Vietnam Mahu Warganya Henti Makan Anjing

PIHAK berkuasa Vietnam menggesa warga ibu negaranya Hanoi supaya menghentikan amalan makan daging anjing, sebagai usaha memelihara imej sebagai sebuah “kota bertamadun dan moden” dan menghalang penularan penyakit seperti anjing gila.

Lebih daripada 1,000 buah kedai di Hanoi menawakan menu daging anjing dan kucing, tetapi pihak kerajaan bimbang imejnya di mata pelancong akan terjejas, lapor saluran berita Singapura Channel News Asia.

“Perdagangan, penyembelihan dan pemakanan daging anjing dan kucing telah mengundang reaksi negatif pelancong dan warga asing yang tinggal di Hanoi,” kata Jawatankuasa Warga Hanoi pada Selasa.

Amalan makan daging anjing dan kucing ini semakin tidak popular tetapi masih berleluasa di Hanoi.

Ada yang menentang gesaan kerajaan ini kerana dianggap menyekat kebebasan, tetapi mencadangkan cukai yang tinggi dikenakan supaya amalan ini beransur ditinggalkan.

Kerajaan negara itu juga memberi amaran penyebaran wabak anjing gila dan penyakit bawaan binatang lain. Menurut Associated Press, langkah ini ialah sebahagian program kebangsaan untuk menghapuskan penyakit anjing gila menjelang tahun 2021.


Setakat ini tiga orang sudah mati akibat penyakit itu di Hanoi pada tahun ini dan dua lagi disahkan dijangkiti, menurut perangkaan rasmi.

Jawatankuasa itu juga menggesa orang ramai mengelakkan daging kucing, yang kurang popular berbanding anjing tetapi juga boleh didapati, lapor CNA.

Kebanyakan haiwan yang dijadikan makanan dibunuh dengan kejam dan pihak berkuasa tempatan berharap amalan ini dapat dihapuskan. – Agensi

Kategori