Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Jangan Kempen Jatuhkan Maruah,...

PUTRAJAYA : Kementerian Perpaduan Negara menasihati semua pihak termasuk penyokong parti politik dan...

Remaja Maut, Motosikal Ditunggang...

TAWAU - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan...

Seniman, JPJ Keluarkan Nombor...

PERSATUAN Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas bermula...

Remajakan UMNO, BN Terus...

KUALA NERUS - UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa melakukan pelbagai transformasi...

Video Ustaz Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Mulk Tular

SUBHANALLAH… pastinya seluruh umat Islam mencemburui empunya nama ustaz Jaa’far Abdurrahman ini.

Jaa’far yang merupakan seorang qari di Indonesia telah pun kembali kepada sang penciptanya Allah SWT, dua hari lalu.

Namun, kisah kematian Jaa’far kini menjadi perbualan di seluruh dunia selepas video pemergiannya yang cukup syahdu menjadi tular di Internet.

Allahyarham meninggal dunia ketika sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran  pada satu majlis di kediaman Menteri Sosial Indonesia, di Jemursari dekat Surabaya, kira-kira 785 kilometer dari Jakarta.

Lebih meruntun hati, makna suci yang dibaca allahyarham ketika itu memang membahas hidup-mati dan syurga.

Pada majlis itu, Allahyarham telah dijemput membacakan al-Mulk pada acara hari Haul Keluarga Besar Menteri Sosial, Khofifah Indar Parawansa iaitu majlis memperingati setahun kematian dalam ahli keluarga.

Menerusi rakaman video yang tular itu, Allahyarham dilihat awalnya lancar membaca permulaan ayat Al-Mulk bagaimanapun, tiba-tiba suaranya perlahan dan rebah.

“Tapi, apabila memasuki ayat ketiga, suara arwah ustaz seolah-olah kian jauh kerana mikrofon pada awalnya dekat di mulutnya semakin jauh sehingga terjatuh dari tangannya.


“Kepala arwah kemudian tertunduk dan dirinya rebah ke belakang tidak lama kemudian,” kata Rofik Kurdi Ismail, seorang daripada ahli jawatankuasa majlis.

Situasi itu ternyata menimbulkan para hadirin yang hadir sehinggakan majlis bertukar menjadi riuh seketika.

Allahyarham kemudian dibawa ke hospital berdekatan sebelum disahkan meninggal dunia.

Pastinya, semua Muslim mengimpikan agar meninggal dunia dalam keadaan Khusnul Khotimal seperti Allahyarham Jaa’far. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: TribunJatim.com

 

Kategori