Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Anggota Parti Diseru Sokong...

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Dicabar Yusry Sebab Lisa...

PELAKON kecil molek dan pengacara petah Lisa Surihani sebelum ini memang diketahui tidak...

27 Pengganas Daesh Warga...

SINGAPURA - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura (ISD) berjaya menangkap 27 lelaki warga...

Kushner Dakwa Desak Putera...

WASHINGTON - Penasihat Rumah Putih, Jared Kushner berkata beliau telah menggesa Putera Mahkota...

Video Tular, Suriani Bukan Tagih Simpati

HATI orang ramai nyata tersentuh melihat satu rakaman video yang tersebar baru-baru ini menyaksikan seorang ibu membawa empat orang anak kecilnya dengan hanya menaiki motosikal.

Terlalu ramai netizen yang sayu melihat video berkenaan namun tidak kurang juga terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan tindakannya membawa anak-anaknya menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Jelas wanita berkenaan yang dikenali sebagai Suriani Aziera Shahril, 32, dia membuat keputusan membawa kesemua anaknya yang sedang berada di rumah keluar bersamanya kerana tidak mempunyai pilihan lain.

“Memang saya sedar bahaya membawa anak naik motosikal tanpa memakai topi keledar, tetapi saya tiada pilihan lain kerana bimbang tinggalkan anak kecil di rumah tanpa pengawasan orang dewasa memandangkan suami dan anak sulung keluar bekerja,” katanya memetik HMetro.

Semalam, video Suriani membawa anaknya tular selepas seorang pengguna Facebook Nrftma Yussman atau Fatimah terserempak dengan keluarga berkenaan di tengah lebuh raya yang sibuk.

Fatimah yang berasa kasihan melihat keadaan itu menghulurkan bantuan dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang, Jumaat lalu.

Menurut Suriani, pada hari kejadian dia bersama empat anaknya itu keluar dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab yang terletak di Bukit Damansara bagi mendapatkan bantuan dari segi keperluan makanan.

Ujarnya, dia terpaksa melakukan perkara demikian memandangkan bekalan makanan di rumahnya yang sudah habis sebelum suaminya menerima gaji pada 5 April ini.


“Jadi, saya cuba ikhtiar mendapatkan bantuan di masjid berkenaan selepas disyorkan seorang kenalan kerana kasihan dengan anak-anak yang hanya makan nasi kosong dan mi segera untuk mengalas perut.

“Saya terpaksa membawa empat anak bersama ke masjid itu kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada anak kecil memandangkan rumah kami di tingkat 14 dan kebetulan ada tingkap terbuka yang belum mampu kami gantikan dengan cermin baru,” jelasnya.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, Suriani ditahan oleh Fatimah yang simpati dengan keadaan mereka dan menumpangkan seorang anaknya.

“Bukan saya sengaja meminta simpati dengan cara ini (tular) tetapi itu semua hanya kebetulan. Saya tidak akan melupakan jasa wanita itu kerana dia, saya dihubungi ramai pihak yang bertanyakan keadaan sebenar serta ada yang mahu membantu,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, suaminya hanya mempunyai pekerjaan sebagai kelindan lori dan meraih pendapatan sebanyak RM800 sebulan dan anak sulungnya pula bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka sementara menunggu untuk menyambung pengajian.

Biarpun Suriani merupakan penerima bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebanyak RM350 sebulan, namun ia sememangnya tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan mereka di bandar besar Kuala Lumpur ini.

Bagi sesiapa yang bersimpati dengan nasib lapan beranak terbabit dan mahu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mereka, bolehlah beruat demikian menerusi akaun Bank Rakyat 220071504200 atas nama Suriani Aziera Shahril. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori