Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Pekerja Asing...

SIBU – Polis menafikan berlakunya rusuhan oleh pekerja Indonesia di sebuah kilang papan...

Tinjauan: 98% Setuju Syarikat...

SATU tinjauan yang dilakukan di laman web Mynewshub berkenaan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara...

Syed Saddiq Hentam Pemimpin...

PETALING JAYA - Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menghentam beberapa pemimpin...

Difteria: Kes Pertama Orang...

KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah dari Rembau, Negeri Sembilan, disahkan positif penyakit...

Video Tular, Norhizam Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR – Ekoran video tular membabitkan dirinya, Exco kerajaan Melaka, Norhizam Hassan membuat laporan polis mengenainya.

Laporan dibuat di Balai Polis Air Keroh, Melaka hari ini.

Dalam laporan itu, Norhizam mahu polis membuka kertas siasatan terhadap anggota polis di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur yang didakwa merakam dirinya.

Beliau juga mendakwa rakaman itu dibuat oleh anggota polis di IPK tersebut yang bertugas antara pukul 2 hingga 5 petang hari ini.

“Video yang tular juga tidak tepat dan tidak menyeluruh tentang kejadian sebenar. Dipercayai rakaman dan penularan video yang dibuat telah melanggar Etika kerja, Akta Kerahsiaan Kerajaan dan Akta 298 kawasan larangan dan tempat larangan 1959,” kata Norhizam dalam laporan itu.


Beliau mahu anggota yang bertugas bertanggungjawab dalam isu penularan itu dan mahu siasatan dilakukan.

Sebelum itu, video menunjukkan kekecohan berlaku antara Norhizam dengan anggota polis di IPK Kuala Lumpur tular di media sosial.

Kategori