Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Masyarakat Pelbagai Kaum Di...

KOTA KINABALU - Penduduk pelbagai kaum di Sabah harus memupuk nilai-nilai positif dalam...

MyCC Lakukan Serbuan, Giat...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat meneruskan siasatan terhadap dakwaan wujud...

Perkataan ‘Kencing’ Gamatkan Dewan...

KUALA LUMPUR - Perkataan ‘kencing’ yang terkeluar ketika penyokong kerajaan dan pembangkang berperang...

PRK PD: Saya Belum...

SEREMBAN – Bekas senator Datuk Mohd Ezam Mohd Nor hari ini mengakui menerima...

Video Tidak Hormat Lagu Negaraku Tular Di Media Sosial

KUCHING – Video sekumpulan individu tidak menghormati lagu kebangsaan, Negaraku menjadi tular di media sosial.

Video asal tersebut dipaparkan oleh pemilik akaun Facebook Shaow Tung Leong dan kemudian dikongsi di media sosial oleh warganet yang mengecam tindakan kumpulan berkenaan yang disifatkan sebagai tidak beradap.

Dalam hantaran di Facebook, pemilik akaun berkenaan menulis ‘I will not stand and sing Malaya national anthem, coz non of my business’ (Saya tidak akan berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Malaya kerana ia bukan urusan saya).

Menurutnya, kejadian itu berlaku dalam acara makan malam anjuran sebuah parti tempatan dan apabila penganjur memainkan lagu Negaraku hanya sukarelawan S4S tidak berdiri dan tindakan kumpulan itu terus menjadi tumpuan para hadirin.

“Sesetengah orang yang bersorak Sarawak Merdeka setiap hari telah berdiri dan menyanyikan Negaraku. Apabila melihat reaksi kami, mereka terasa malu.

“Makan malam itu tidak menyanyikan lagu “negeri” Sarawak, tetapi kemudiannya menyanyikan lagu Fairland Sarawak. S4S kami terus berdiri dengan segera dan reason ini mengejutkan semua orang. Salute!

“#Mengapa berdiri? Apa gunanya apabila Malaya merompak Sarawak selama beberapa dekad, Tun M sudah berkata, dia tidak akan membayar 20 peratus royalti minyak kepada Sarawak, sekarang semua orang benci perayaan 831, benci 916, buat apalah mereka berdiri dan menyanyi lagu lanun Malaya?” tulis beliau.


Rata-rata warganet yang melontarkan komen pada hantaran tersebut berpendapat perbuatan kumpulan itu tidak wajar.

“Sudah lama Sarawak menjadi sebahagian daripada Malaysia. Sampai dekat kamu, semua tak nak buat. Kamu seperti Israel,” komen Harris Daniel Hermee.

“Kim Huat kamu orang ingat pribumi Sarawak sokong meh apa kamu buat? Bersyukurlah oiii,” tulis Bursh Ruth.

“Selagi ada kad pengenalan itu bermakna anda adalah rakyat Malaysia. Jadi bila lagu Negaraku di pasang, haruslah berdiri tegak menghormati lagu Negaraku. Andai tak suka pada negara Malaysia bolehlah keluar dari negara ini dan belajarlah hidup di negara orang,” nasihat Hafiz. – UTUSAN ONLINE

Kategori