Video Terakhir Robin Williams Buat Peminatnya Yang Tenat

Memang ironi..

Lakonannya sentiasa menghiburkan peminatnya di serata dunia.

Namun, tak siapa menyangka mendiang Robin Williams mengalami masalah kemurungan yang teruk sehingga memaksanya mengambil jalan singkat dengan membunuh diri pada 11 Ogos lalu.

Di bawah merupakan antara video terakhir mendiang yang memberikan kata-kata semangat kepada seorang peminatnya, Vivian Waller yang menghidap penyakit tenat, yang berharap dapat berjumpa Robin sebelum ajal menjemputnya.

Antara pesanannya kepada Vivian yang menetap di New Zealand ialah “it’s all right, it’s all right, it’s all right. Much love to you, baby”. – MYNEWSHUB.MY

http://www.youtube.com/watch?v=fU4C_qHaRIg

Oleh: JULIANA JOHAR