Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Taufik Batisah Jadikan Aaron...

PENYANYI kelahiran Singapura Taufik Batisah, 25, mengakui dia ingin mengikuti jejak rakan senegaranya,...

Pusingan-U Mahathir Sebab Takut...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat pusingan-U terbaru dan menyokong...

Ribut Petir, Hujan Lebat...

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlarutan di...

Sazali, Nicol Olahragawan, Olahragawati...

PETALING JAYA - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mencipta rekod baharu apabila...

Video: Tembak Dua Perompak Sambil Kendong Anak

SEBAGAI polis, semestinya setiap anggota telah dilatih untuk sentiasa bersedia hadapi ancaman dalam apa jua keadaan.

Begitulah saat cemas yang dihadapi seorang anggota polis di Limpo Paulista, Brazil apabila dia yang pada ketika itu di luar waktu bertugas dikejutkan dengan satu insiden rompakan bersenjata.

Lapor Dailymail, Sarjan Rafael Sauzu pada Isnin berada di sebuah farmasi bersama isteri dan bayinya untuk membeli ubat, namun pada masa yang sama dua perompak bersenjata turut meluru masuk.

Souza yang ketika itu sedang mengendong bayinya tanpa teragak-agak menembak dengan menggunakan sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi, mengendong anaknya.

Kedua-dua perompak berjaya ditembak mati dan aksi cemas lagi dramatik itu telah dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di Bandar Sao Paulo.


Berdasarkan laporan, salah seorang suspek Jefferson Alves, 24, mula mengacukan pistol ke arah Souza selepas  memberitahu dia adalah seorang pegawai polis.

Suspek pertama dikatakan berniat menembaknya dan kerana itulah dia bertindak pantas menembak lelaki itu dari jarak dekat sebelum meneruskan tembakan terhadap suspek kedua.

Isteri Souza dirakam menjerit ketakutan lalu segera mengambil anak dari tangan suaminya sebelum menundukkan badan di bawah rak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori