Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jambatan Di Parit Markom...

JOHOR BAHRU - Hujan lebat yang berlaku petang semalam menyebabkan sebuah jambatan di...

Pemilihan Tun M Kerana...

KUANTAN - Ketua Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mengakui pemilihan Tun Dr...

Awasi Ejen Pinjaman Tawar...

KUALA LUMPUR – Mereka boleh dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan bank dengan berpakaian kemas dan mengaku sebagai ejen bank untuk menawarkan pinjaman 'ekspres'...

PRN Johor: Sheikh Umar...

KLUANG: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali daripada...

Video: Tak Nak Kalah… Rebut Parkir Sampai Tumbuk!

HANYA kerana perkara kecil iaitu rebut petak parkir, dua pemandu di Singapura dirakam bertumbuk di khalayak ramai.

Lapor portal Stomp, insiden memalukan itu direkod kamera dashcam seorang pemandu lain dalam kejadian di tempat letak kereta di pusat beli belah Chinatown Point.

Menerusi video, pergaduhan tercetus selepas pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Vellfire itu meluru keluar kenderaanya dan mengasari pemandu van.

Lelaki berbaju kuning itu kemudian dilihat melemparkan sesuatu sebelum pemandu van terbabit keluar dari kenderaannya lalu bertindak menumbuknya.


Berlakulah aksi tumbuk-menumbuk sehinggakan lelaki berbaju kuning itu dilihat terlantar di lantai, sebelum orang ramai yang berada di lokasi cuba meleraikan pergaduhan mereka.

Namun pemandu Toyota Vellfire terbabit nyata tidak berpuas hati apabila cuba melanggar seorang pejalan kaki, konon memberi ugutan kepada pemandu van berkenaan sebelum dilihat meninggalkan kawasan tersebut.

Rakaman video yang tular di media sosial itu kemudian menerima kecaman netizen tempatan ekoran sikap tidak bertolak ansur pemandu MPV itu, yang nyata cukup mengecewakan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori