Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Sistem Amaran Tsunami Malaysia...

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai sistem dan kelengkapan yang cukup baik untuk mengesan...

Baju Hitam Laris Di...

BANGKOK - Pakaian berwarna hitam menerima permintaan tinggi dan dilaporkan kehabisan stok selepas...

Rt COVID-19 Di 11...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 negeri dan wilayah mencatat kadar kebolehjangkitan atau R-naught...

Sekolah Boleh Buat PdPR...

KULAI: Sekolah-sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)...

Video: Selamba ‘Dia’ Berjalan-Jalan Di LPT2

KEMAMAN – Beberapa minggu lalu, ada pihak mendakwa terlihat kelibat ‘pak belang’ di Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2), kini seekor tapir pula dikatakan merayau-rayau di lebuhraya tersebut.

Haiwan hampir pupus yang terkenal dengan nama jolokan ‘panda Malaysia’ itu dilihat berkeliaran dekat susur keluar ke Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, Bukit Takal, Kijal kira-kira jam 7.30 petang semalam.

Ia dipercayai tersesat ketika melintas lebuh raya membuatkan ada antara pengguna LPT2 yang teruja, memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir itu dan merakam video haiwan jinak itu.

Video: Selamba 'Dia' Berjalan-Jalan Di LPT2

Video: Selamba 'Dia' Berjalan-Jalan Di LPT2


Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Mohd Hasdi Husin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), petang Sabtu.

“Hasil pemantauan mendapati terdapat pagar berlubang yang memungkinkan ia terlepas hingga ke jalan raya.

“Kita telah memaklumkan perkara ini kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengambil tindakan dengan membaiki pagar berkenaan.

“Sebelum ini, pekerja ladang di kawasan berhampiran juga sering kali melihat tapir berkeliaran di kawasan itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori