Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tekong Lari, Tinggalkan 200...

KANGAR: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas 200 kilogram daun ketum...

NGO Serantau Akan Bersidang...

KUALA LUMPUR - Satu persidangan bagi menyatukan strategi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari...

Bicara Kes Shahrir: Najib...

Bekas Perdana Menteri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, dia...

Banjir: Talian Komunikasi Terjejas...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di kawasan banjir dinasihati supaya mengehadkan aktiviti memuat...

Mahathir Tak Tahu Video Seks Sejenis Mirip Menteri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak maklum akan penyebaran video seks sejenis yang melibatkan individu mirip seorang menteri beliau, hari ini.

Menurutnya, beliau sedia untuk melihat video berkenaan sekiranya ada.

“Saya tak tahu apa pun, saya baru dengar saya kena baca dulu.

“Kalau awak (wartawan) boleh bagi brief. Boleh juga,” katanya sambil disambut ketawa beberapa orang menteri.

BACA: VIDEO HUBUNGAN SEJENIS LELAKI IRAS MENTERI TERSEBAR

Antara yang hadir adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution; Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB), Tan Seri Zeti Akhtar Aziz.

Awal hari ini tular tiga video seks mirip menteri melibatkan seorang lelaki.


Turut disebarkan perbualan seks antara ‘menteri’ berkenaan dengan lelaki yang didakwa pegawai seorang Timbalan Menteri.

Dalam video berkenaan, ‘Menteri’ menerima seks oral daripada seorang lelaki.

Difahamkan kejadian dilaporkan berlaku di luar negara berdasarkan kepada suara dalam televisyen di dalam video berkenaan. – MalaysiaGazette

Kategori