Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga Indonesia Maut...

NILAI – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik ketika...

10 Sekolah Ditutup, Tapak...

NIBONG TEBAL : Sebanyak 10 sekolah yang berdekatan dengan Tapak Pelupusan Sampah Pulau...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia...

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir,...

Kastam, JPJ Kongsi Maklumat...

LABUAN - Jabatam Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertukar...

Video: Sambutan Hari Jadi Pemuda ‘Kaya Gila’ Jadi Viral

KEHIDUPAN ‘borjuis’ seorang anak muda bergelar Datuk mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen terutama selepas video sambutan ulang tahunnya ke-21 menjadi tular di laman sosial.

Dengan menerima lebih 300,000 tontonan, Datuk Muhammad Saiful Muhammad Ali digambarkan mempunyai kehidupan serba mewah dalam video berdurasi selama enam minit sempena majlis ulang tahunnya itu.

Menerusi video itu, Muhammad Saiful bersama-sama seorang lelaki dipercayai bapanya dilihat keluar daripada jet persendirian dan menaiki kereta mewah Rolls Royce sambil diiringi  beberapa pengawal.

Mereka kemudian menuju ke sebuah dewan untuk meraikan majlis hari jadinya yang diserikan dengan persembahan tarian serta nyanyian.


Sementara itu menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Muhammad Saiful dikurniakan darjah kebesaran itu pada tahun 2015.

A post shared by DATO SA1FUL (@dato_saiful) on

Difahamkan, jutawan muda itu juga merupakan seorang ahli perniagaan yang memiliki syarikat rakaman dikenali sebagai Superstar Records dan pengarah kepada tujuh syarikat lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori