Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Pawagam Haramkan Topeng Muka...

DENVER - Rangkaian pawagam Landmark Theaters di Amerika Syarikat (AS) akan mengharamkan pemakaian...

Kerajaan Selangor Berfungsi Seperti...

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Selangor tidak terjejas ekoran tindakan Majlis Syura Ulama...

Harta Karun Bernilai RM8.4...

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2...

Petronas Pasang Dandang Haba...

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memasang dua dandang haba sisa...

Video: Salah Remaja ‘Basikal Rempit’ Atau Pemandu?

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut dalam satu kemalangan dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru.

Dua dilaporkan kritikal, manakala lapan lagi cedera dan kini sedang menerima rawatan di zon merah Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Kejadian tragis yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu mengundang simpati orang ramai, apatah lagi mangsa-mangsa yang terlibat berumur dalam lingkungan sembilan hingga 17 tahun.

Ekoran kejadian, pelbagai spekulasi dan pandangan diluahkan netizen susulan dakwaan daripada mangsa mengatakan kononnya pemandu wanita yang merempuh menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan polis setelah tiada bukti kukuh dan elemen sedemikian ditemukan ketika siasatan dilakukan.

Biarpun telah disahkan oleh pihak berkuasa, percayalah, masih ada lagi pihak yang tetap akan menunding jari kepada pemandu terbabit dengan mengatakan yang mana dia masih salah akibat cuai ketika memandu.

Bagaimanapun, adakah situasi ini sesuatu yang mengejutkan bagi warga Johor?

Menerusi sebuah rakaman yang kini tular di media sosial, kelihatan sekumpulan remaja dilihat begitu ‘sakan’ melakukan pelbagai aksi berbahaya di sebuah lebuh raya di Johor.

Video ini dipercayai diambil sebelum insiden berlaku, dirakam seorang pengguna jalan raya yang sempat mengelak daripada bertembung dengan mereka.

Melalui rakaman, dapat dilihat bagaimana kumpulan remaja yang sedang asyik berlumba itu nampaknya langsung tidak peduli meskipun dihampiri oleh kereta yang sedang merakam aksi mereka dari arah belakang.

Sebaik sahaja tiba di selekoh, mereka mula menunggang basikal ke tengah jalan iaitu ke lorong kanan, sekali gus memaksa pemandu kereta memperlahankan kenderaannya.

Turut kelihatan sekumpulan remaja berkumpul di bahu jalan sebelah kiri dalam keadaan berbahaya yang turut menghalang laluan kenderaan.


Kumpulan mereka ini dikatakan aktif berbasikal setiap malam minggu di kawasan tersebut yang mana kebiasaannya aktiviti mereka bermula kira-kira jam 12 tengah malam sehingga lewat pagi.

Menurut maklumat netizen, pemandu jalan raya di situ dikatakan sering menyaksikan kegiatan ini terutamanya pada hujung minggu.

Malah ada yang berkongsikan pengalaman nyaris ‘tersapu’ kumpulan remaja ini ketika memandu.

“Habis syif nak balik tengah-tengah drive, hampir-hampir nak terlanggar bebudak nih, macam ni lah dia bawak. Eyyyy ngeri betul masa tu..tak perasan sebab selekoh kat mamak Yassin tu memang serabut sikit,” kata Suraya Hassan.

Kumpulan remaja ini turut dikatakan bersikap kurang ajar dan tidak mengendahkan teguran daripada segelintir pemandu yang cuba menegur perbuatan berbahaya mereka.

“Dulu saya pernah hampir terlangar group basikal ni kat jalan yang sama semasa pulang dari kerja lewat malam, tapi bila saya berhenti tegur mereka dengan cara baik.

“Sebaliknya kita pulak kena sound.. ‘APA HAL?’…itu yang mereka jawab. So kesimpulannya… sad but true.. Al Fatihah,” kata Hafiss Zainuddin.

Sementara itu, ada pihak yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap ibu bapa mangsa berkenaan kerana tidak mengawasi aktiviti anak-anak mereka.

“Aku nak tahu kenapa budak-budak sekolah masih di jalan raya main basikal pukul 2-3 pagi? Kes ni memang tuhan nak tunjuk prestasi mak bapak zaman sekarang.

“Baru satu Malaya buka mata yang anak lelaki pun perlu pengawasan ketat seperti anak perempuan,” tulis Normi Kahar

Netizen turut berharap rakaman video ini akan membawa pengajaran kepada orang ramai dan menyeru golongan ibu bapa untuk lebih prihatin dan kerap mengawasi pergerakan anak-anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori