Saturday, March 30, 2024

Creating liberating content

Gerakan Sedang Muktamad Tukar...

PUTRAJAYA - Gerakan sedang memuktamadkan rundingan untuk menukar lima kerusi Parlimen dan Dewan...

Boeing Unjur Serahan Pesawat...

KUALA LUMPUR - Boeing mengunjurkan permintaan yang kukuh untuk pesawat baharu komersil tahun...

Tok Mat Positif COVID-19

SEREMBAN: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan disahkan positif COVID-19.Beliau yang juga...

Hishammuddin Dilantik Menteri Tugas-Tugas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas...

Video: Remaja Melambung Lepas Lintas Melulu

SUKA membelok tanpa melihat ke kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Begitulah nasib malang yang menimpa dua remaja perempuan apabila dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, kelihatan dua remaja perempuan itu cuba membuat pusingan-U sebelum dirempuh oleh sebuah kenderaan.

Insiden itu mengakibatkan kedua-dua mereka melambung tinggi sehingga tercampak ke atas jalan raya.


Lebih parah, apabila kedua-dua mereka itu juga dilihat tidak memakai topi keledar keselamatan.

Rakaman kejadian itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya melahirkan rasa simpati dan dalam masa sama mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melintas jalan.

Selain itu, netizen turut mengecam sikap pemandu kenderaan itu yang dikatakan memandu dalam keadaan laju ketika berada di kawasan kampung. – MYNEWSHUB.CC

Kategori