VIDEO: Pengantin ‘Sporting’ Menari Zapin Di Majlis Persandingan

MAJLIS persandingan seorang penolong penerbit TV sebuah stesen penyiaran tanah air ‘dikejutkan’ dengan permintaan hadirin yang mahukan dia dan pasangannya menari tarian zapin.

Ia berlaku sewaktu sekumpulan penari zapin sedang menghiburkan pasangan mempelai dalam majlis persandingan mereka di Felda Kemelah, Segamat, Johor semalam.

Kerana tidak mahu menghampakan tetamu yang datang, Norishah Mohd. Aris dan suaminya Mohd Fuad Hussaini, kedua-duanya berusia 27 tahun pun ‘mengatur langkah’.

Nasib baik kedua-dua mereka memang sama-sama pernah mewakili daerah dalam pertubuhan kebudayaan Felda di kampung mereka.

Jadi ‘step’ tu masih ingat le lagi sikit-sikit…

Apapun tahniah kerana ‘sporting’ menghiburkan tetamu.

Kami di Mynewshub.my berdoa agar kedua-duanya bahagia hingga ke akhir hayat.

Aminnnn – Mynewshub.my