Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas 50,000...

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak merampas 50,000 liter diesel...

Ditahan Di Australia Bawa...

SEORANG rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia selepas didakwa membawa...

Polis Tahan Suspek Kes...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat kes samun kedai 24...

23 Kematian Dicatat Akibat...

IBARAT keadaan tragedi tsunami sepuluh tahun lalu di Aceh, Indonesia.Itu luahan sukarelawan dan mangsa...

Video: Pengantin Maut Ditembak Dari Jarak Dekat

MALANG nasib seorang pengantin lelaki di India apabila majlis perkahwinan yang sepatutnya disambut penuh kegembiraan tetapi berakhir pula dengan insiden tragis.

Lapor Dailymail, Sunnil Verma, 25, ditembak dari jarak dekat oleh seorang tetamu dalam kejadian di sebuah perkampungan di pinggir Rampur, Uttar Pradesh pada malam Ahad lalu.

Insiden yang sempat dirakam oleh jurugambar majlis perkahwinan itu menunjukkan Sunnil pada mulanya kelihatan tersenyum apabila dia diraikan ramai penduduk kampung.

Bagaimanapun, beberapa saat selepas itu seorang tetamu berbaju oren yang berdiri berhampiran mengeluarkan sepucuk pistol sebelum melepaskan dua das tembakan kepada mangsa.

Apabila mangsa melihat sekelilingnya, dia sekali lagi terkena tembakan kedua sebelum menekup bahagian dada dan rebah meninggal dunia serta-merta.


Suspek kemudian melarikan diri sejurus kejadian namun hasil kecekapan pihak polis, penjenayah itu kini sudah berjaya ditangkap.

“Penembak terbabit yang juga merupakan rakan mangsa dikenali sebagai Ram Chandra telah ditangkap hari ini di bandar bersebelahan.

“Dia mengaku melakukan tembakan namun siasatan diteruskan. Kami menemui senjata pembunuh,” kata pegawai penyiasat di daerah Lakhimpur Kheri di Uttar Pradesh, Ghanshyam Chaurasia.

Tambah Chanrasia, suspek bakal didakwa kerana jenayah bunuh. – MYNEWSHUB.CC

Kategori