Video: Berita Pelik, Pembaca Berita Ketawa Terbahak-Bahak

SEBAGAI seorang pembaca berita, mereka perlu serius dalam penyampaian berita agar maklumat yang ingin disampaikan dapat difahami dengan mudah oleh penonton sasaran.

Oleh disebabkan itu, mereka perlu sentiasa profesional dan tidak boleh meletakkan sebarang jenis emosi walau bagaimana kelakar mahupun sedih sesebuah berita yang dibacakan itu.

Namun seorang pembaca berita di Kanada, Maralee Caruso langsung tidak boleh mengawal perasaannya dengan ketawa terbahak-bahak.

Insiden meletus setelah dia melihat video rakaman berita mengenai seorang lelaki, Tom Thwaites yang menjalani kehidupan sebagai seekor kambing.

Menurut Maralee, dia tidak dapat menahan tawa kerana berita yang dibacanya itu merupakan satu berita yang jarang-jarang sekali dilaporkan dan pelik daripada berita yang pernah disampaikannya sebelum ini.

Tom, dari Britain dianugerahkan IG Nobel Prize, sebuah anugerah untuk penyelidikan saintifik pelik. – MYNEWSHUB.CC