Video: Pemandu Bot Gaduh Dengan Pelancong Arab

SEBUAH rakaman video memaparkan insiden pergaduhan membabitkan pemandu bot dan sekumpulan pelancong warga Arab di sebuah pangkalan nelayan di Langkawi, mula tersebar di media sosial.

Pergaduhan yang dirakam selama satu minit 14 saat itu dipercayai berlaku sejurus bot bergerak membawa pelancong menjelajah pulau sekitar perairan Tanjung Rhu.

Keadaan semakin tegang apabila seorang daripada rakan pemandu bot terbabit yang tidak berbaju dilihat memegang sebatang spanar untuk menyuraikan pergaduhan.

Bagaimanapun, spanar itu dirampas seorang individu atas bot berkenaan bagi mengelak kejadian menjadi lebih buruk.

Tidak dapat dipastikan punca sebenar pergaduhan, namun netizen berkongsi pendapat dengan mengatakan ia berpunca daripada sikap pelancong Arab tersebut yang tidak menghormati pemandu bot. – MYNEWSHUB.CC

Loading...